semoga lagu ini menjadi renungan bersama
Sabtu, 10 Agustus 2013
video elsuraya (akhir hidup)
semoga lagu ini menjadi renungan bersama
Jumat, 09 Agustus 2013
ANAK TIONG
ANAK TIONG
Anak tiong siburung tiong
Tidaklah sama anak merpati
Janganlah tuan duduk bermenung
Mari bersama kita menari
Anak tiong terbang kehulu
Hinggap diranting sirama-rama
Lupakan saja masa yang lalu
Mari gembira bersama-sama
Anak tiong terbang diawan
Hinggap diatas dahan kenanga
Rentaklah gendang dalam tarian
Menghibur jiwa yang sedang duka
BAHTERA MERDEKA
BAHTERA MERDEKA
BUNDA SENYUM RIANG
MENERIMA BAHTERA MERDEKA
PUTRA PUTRI SAYANG (2X)
SEDANG BERJUANG
FAJAR TELAH TIBA
NAN MENYINGSING MEMBAWA HARAPAN
TANAH SEMENANJUNG (2X)
PERMATA NILAM
JIWA DAN RAGA
BIKTIKANLAH PADA NUSA BANGSA
SUPAYA NEGARA (2X)
MAJU JAYA AMAN MERDEKA
DUHAI IBU PERTIWI
PUTRA PUTRI DATANG SUJUD BHAKTI
INGIN MENUNAIKAN (2X)
SUMPAH DAN JANJI
Label:
lagu melayu asli,
rentak langgam
BIAR LUKA
BIAR LUKA
Biar luka dalam dada
Biar derita hati kecewa
Apa guna kata mesra
Menambah luka didalam dada
Biarlah aku pergi
Tak usah kau cari lagi
Rela aku berkelana
Dengan hatiku yang hancur luka
BUNGA KUPUJA DIPETIK ORANG
BUNGA KUPUJA
DIPETIK ORANG
Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah hanya nasibku malang
Bunga kupuja dipetik orang
Namun ku tak kan putus asa
Banyak mekar didalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman
Sungguh kasihan bunga termasyur
Ditinggal kembang sesudah layu
Ditinggal kembang sesudah layu
Apakah ini suratan dirimu sayang
Setelah layu tiada yang mahu
Setelah layu tiada yang mahu
Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana
Oleh sang kumbang yang durjana
(Musik)
Sungguh kasihan bunga termasyur
Ditinggal kembang sesudah layu
Ditinggal kembang sesudah layu
Apakah ini suratan dirimu sayang
Setelah layu tiada yang mahu
Setelah layu tiada yang mahu
Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana
Oleh sang kumbang yang durjana
Cinta Dulu Dulu Cinta Sekarang
Cinta Dulu Dulu Cinta Sekarang
Hai cinta
dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
(Musik)
Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang
Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang
(Musik)
Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya
Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya
Langganan:
Postingan (Atom)